Sunday, April 26, 2015

Rahmat Tuhan

Disebutkan bahawa Nabi Adam AS telah berkata :

 "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku."

Taubatku hanya diterima di kota Makkah, sementara taubat umat Muhammad SAW diterima di mana-mana tempat di bumi oleh Allah.


Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah derkaha kepada Allah SWT, maka Allah SWT memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah SWT akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah.

Rasulullah saw. bersabda, ”Kami adalah umat terakhir dan terawal pada hari kiamat. Kami adalah umat yang pertama masuk surga meskipun mereka diberi kitab sebelum kami dan kami diberi kitab sesudah mereka.”(H.R. Muslim).

Sumber : Biografi Agung Rasulullah SAW.