Wednesday, December 25, 2013

Hari Ini Tanpamu.

Suatu waktu wajah ceriamu mengusik kenangan,
Tersentuh hati, pilu, menghilangkan kegirangan,
Teman, rakan silih berganti berkunjungan,
Namun kuasa tuhan tiada siapa dapat menghalang,
Tuhan lebih menyayangi,
Semalam kau pergi menghadap ilahi,
Meninggalkan dunia yang fana ini,

Doa kami panjatkan,
Moga kau tenang di sana,
Dari Allah engkau datang kepada Allah engkau dikembalikan,

Buatmu, Muhamad Amir Rusydi Bin Mohamad Johari.
Al- Fatihah.

Dr. Abdul Halim Busari.
Universiti Malaysia Sarawak. 
17 Disember 2013