Wednesday, December 25, 2013

Ibunda.

Anugerah terindah buat semua.
Alhamdulillah atas rahmat dari-Nya,
Punya bidadari di atas dunia.

Semakin bertambah usia,
Namun kasih sayang tiada tara,
Masih terasa di belai dan dimanja,
Seperti anak kecil mempunyai perhatian yang sempurna.

Seorang wanita tabah menghadapi hari yang duka,
Allah beri dia bahagia walau sementara,
Untuk berjumpa di hari kelak bersama-sama,

Moga Allah melindungi ibunda sehingga ke syurga.
Juga Al-Fatihah buat ayahanda nun jauh bersama-Nya.

16 Disember 2013.