Sunday, January 5, 2014

Pemurah.




Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, 
yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
                                                                           Ar-Rahmaan : 55

31 kali Allah bertanya kepada kita?
Apakah jawapan kita?
Atau mampu kah kita untuk memberi jawapan?

Teringat semasa berada di bumi berkah Madinah. Sewaktu itu menunggu masuk waktu subuh di Nabawi. Sedang duduk di tikar sejadah, datang seorang wanita tua. Duduk menghampar tikar sejadah. Kemudian dia menegur untuk meminta tolong menjaga tempatnya. Takut di ambil orang. Tersenyum dan menganggukDia berlalu pergi mengambil Quran. Usai itu dia meminta tolong lagi untuk menjaga tempatnya. Dia ingin mengambil air zam-zam. Tersenyum dan mengangguk lagi. Kembali duduk dan dia menegur lagi. Ditunjukkan Surah Ar-Rahman. "Bagus untuk diamal setiap hari" bilangnya. Sehingga hari ini aku teringat wajahnya. Namun aku terlupa namanya. Wanita tua dari Indonesia. Usianya 70-an kalau tidak silap. Kuat pergi menunaikan seruan seorang diri. Kagum. Selepas dipertemukan dengan nya, mula mengamalkan surah tersebut. Namun, 2 tahun kebelakangan ini sibuk dengan perkuliahan menjadi jarang. Di tahun ini cuba untuk istaqamah. Mari kita sama-sama beristaqamah teman? Semoga Allah redha dalam niat ini. 

Semoga Allah merahmatimu nek, walau dimana pun kau berada.
Ada jodoh kita ketemu lagi. 
InshaAllah tidak di dunia, mungkin di syurga.